REPUBLIKA.CO.ID,Ketika menjadi guru di Masjidil Haram, Syeikh Abdul Qadir pernah ditawarkan dengan pelbagai jawatan termasuk sebagai guru agama di Cape Town, Afrika Selatan.
Presiden Soekarno dikatakan pernah menawarkan kepada beliau jawatan Mufti Indonesia manakala Al-Malik Saud, Raja Arab Saudi menawarkan jawatan sebagai Qadhi Al-Qudat dengan gaji yang besar.
Akan tetapi, beliau menolaknya karena ingin menumpukan perhatian kepada pengajarannya di Masjidil Haram. Ini sesuai dengan gelar yang beliau sendiri pakai yaitu "Khuwaidam Talabah al-Ilmu as-Syarif bil Harami al-Makki (Khadam kecil bagi penuntut ilmu di Masjidil Haram)".
Kitab-kitab hasil karya beliau masih digunakan sebagai teks pengajian di pondok dan di masjid. Tulisan tersebut membahas berbagai bidang seperti ushuluddin, tasawwuf, fikih, politik, pendidikan, dan perundangan.
Di antaranya Risalah Pokok Qadyani; Risalah ini mengurai kesesatan dan bahaya ajaran Mirza Ghulam Ahmad Qadyani; Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar Al-Asy’ari; Kitab ini ditulis pada tahun 1958 mengkritik pemikiran kaum muda; Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab; Kitab ini juga ditulis pada tahun 1958 mengkritik pemikiran kaum muda.
Pendirian Agama Islam; Kitab ini ditulis pada tahun 1956 membahas tentang ideologi ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme serta percenggahannya dengan aqidah dan pemikiran Islam; Senjata Tok Haji dan Tok Lebai; Kitab ini ditulis pada tahun 1949, Pembantu Bagi Sekalian Orang Islam Dengan Harus Membaca Quran dan Sampai Pahalanya Kepada Sekalian Yang Mati, Kitab ini ditulis pada tahun 1950.
Tuhfat Al-Qari Al-Muslim Al-Mukhtarah Mimma Ittifaqa Alaih Al-Bukhari wa Muslim; Kitab ini ditulis pada tahun 1952, Bekal Orang Yang Menunaikan Haji; Kitab ini ditulis pada tahun 1953.
Ada pula Penawar bagi Hati; Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh penerbit Hidayah Publishers, Perisai bagi Sekalian Mukallaf; Kitab ini ada diterbitkan dalam versi Rumi oleh Hidayah Publishers dan Jahabersa, Kebagusan Undang-undang Islam dan Kecelaan Undang-undang Ciptaan Manusia (1961) Siasah dan Loteri dan Alim Ulama (1962) dan Islam: Agama dan Kedaulatan (1959).
Syeikh Abdul Qadir sangat gigih mengajar dan tidak mengenal keadaan sakit. Apabila ditanya oleh anak muridnya apakah beliau sudah sembuh, beliau menjawab, "kalau menangis pun bukan nak lega".
Pada tanggal 20 Rabi`ul Awwal tahun 1385 Hijriyah Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili menghembuskan nafasnya terakhir karena sakit.
Masyarakat Makkah dan para pelajarnya sangat berduka cita dengan kewafatan beliau. Mereka sangat kehilangan ulama panutan mereka.
Isak tangis menyelubungi wafatnya seorang ulama yang alim. Banyaknya para pelayat dan pensolat menunjukkan betapa besarnya kecintaan mereka kepadanya. Beliau dikuburkan di perkuburan Ma`la Makkah Mukarramah.