REPUBLIKA.CO.ID, Oleh: Mohamad Riadz Bin Tan Sri Mohamad Hashim, Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Seputeh)
Kunjungan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 ke Indonesia melambangkan banyak perkara. Kunjungan adik beradik yang pastinya mengundang persoalan dan tanda tanya apakah akan seterusnya terjadi? Presiden Jokowi telah menyambut Tun Dr Mahathir Mohamed dengan upacara penuh istiadat walaupun Perdana Menteri Malaysia belum lagi mencecah 100 hari pertama bertugas di Putrajaya, Malaysia.
Kita lihat sejarah terdekat. Seingat saya pada kisah kain batik. Sebab kain batik, dua negara adik beradik ini boleh bergaduh. Di media sosial saja, "perang" antara dua negara ini terus menerus tanpa kenal penat. Apakah puncanya? Batik Malaysia, Batik Indonesia, bukankah ianya tetap batik? Bukankah batik keluaran turun temurun yang sebenarnya tak mengenal negara? Batik diklaim milik Indonesia. Diklaim juga milik Malaysia. Sedangkan design keduanya berbeda-beda. Kita sering terlupa. Keluaran turun temurun ini dengan bangganya melambangkan identitas Nusantara itu sendiri. Kesamaan kita yang sepatutnya disatukan dan bukannya dipisahkan.
Bercerai kita roboh, bersatu kita teguh. Pesanan dari nenek moyang kita. Ya, sebaiknya kita bersatu. Sebaiknya bersatu dan memberi dampak maksimal dalam menangani merebaknya pengaruh dan kuasa negara Cina dan kuasa-kuasa besar yang lain. Cari titik persamaan. Cari juga kelemahan yang boleh dibantu baik dari dua negara adik-beradik ini. Kalau dahulu, warga Indonesia yang banyak membantu pembangunan Malaysia yang pesat sekitar 1990-an. Namun, dengan pembangunan Indonesia yang pesat, tak ramai lagi warga Indonesia yang mau bekerja di Malaysia. Malaysia terpaksa meminta bantuan tenaga pekerja dari Bangladesh, Nepal, dan Myanmar.
Mungkin adalah baik untuk Indonesia dan Malaysia bersatu dalam membangunkan industri-industri strategis. Industri pembuatan pengangkutan seperti kereta, kereta api, perkapalan, pembuatan peralatan pertahanan, pembuatan ubat-ubat, pembuatan makanan halal dan pelbagai macam lagi harus disatukan. Kerja sama dalam industri kecil maupun sederhana juga baik bergabung. Kerana kerja sama dua buah negara ini hanya akan membina kekuatan. Kerja sama yang mampu menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan terkenal di dunia. Kerja sama yang menghasilkan produk yang mau dibeli oleh negara-negara benua Eropa dan benua Amerika.
Kerja sama tenaga kerja sebelum ini hanya dari segi tenaga buruh. Kerja sama tenaga pakar masih belum banyak sehingga ke hari ini. Kerja sama engineer, doktor, designer, architect, pakar komputer masih terlalu kurang. Kita tunggu apa lagi?
Ambil contoh kerja sama pembuatan pesawat Airbus di Eropa. Banyak negara Eropa bekerja sama membangun pembinaan pesawat. Negara Prancis, Jerman, Belanda dan Spanyol bekerja sama dalam pembuatan setiap pesawat buatan Airbus. Indonesia dan Malaysia pastinya mampu membangunkan kerja sama yang kuat dalam industri strategik seperti Airbus dan lain-lain. Tidak mustahil bukan?
Soalannya, apakah boleh dua negara ini bekerja sama dalam pelbagai bidang kerja? Apakah boleh dua negara ini saling percaya mempercayai? Adakah mampu dibangunkan dalam masih ada syak wasangka seperti kisah sengketa dua negara dalam isu batik? Sedangkan kerja sama pastinya membawa berkah dan hasilnya sentiasa meningkat. Adakah sengketa lama akan terus menerus menghalang untuk sekurang kurangnya dua pihak berbincang atau disharing ilmu?
Kembali pada fitrah manusia itu sendiri. Sifat jujur dan amanah itu mesti diangkat sebagai sifat yang agung. Sifat yang mulia dan harus dipuji. Negara-negara Eropa mampu bekerja sama kerana masing-masing sudah punya kejujuran dan melaksanakan amanah ditahap yang amat tinggi. Oleh kerana itu, projek-projek mereka menjadi sukses. Tolak sikap syak wasangka sesama kita. Kalau tidak kita cuba untuk bekerja sama, tidak kita akan tahu. Seharusnya kita cuba.
Mungkin projek pembuatan mobil ASEAN menjadi permulaan menjalin hubungan yang saling percaya mempercayai. Menjadi medan juga untuk sama-sama meningkatkan ilmu, kualiti dan produktivitas. Suksesnya di sini bakal menggabungkan banyak lagi industri strategis maupun industri kecil dan sederhana. Kepakaran Indonesia dan Malaysia memang luar biasa. Hanya, ramai yang bekerja untuk perusahaan dari Jepang, Eropa, dan Amerika. Tidak ramai yang bersama bekerja di perusahaan yang mampu menjadi kebanggaan sebuah bangsa yang lahirnya di Nusantara.
Pastinya, ramai tenaga pakar dan para ilmuan yang mampu ditawarkan oleh Indonesia dan Malaysia. Malaysia sudah ketinggalan sebenarnya berbanding dengan pembangunan pesat Indonesia. Kemampuan Indonesia yang rata-rata jadi mandiri harus dihormati dan menjadi contoh oleh setiap warga Malaysia.
Jadi, kenapa perlunya investasi dan pinjaman dari negara Cina sedangkan adik beradik ini ada kekuatan masing-masing yang mampu meningkatkan kedua duanya. Masalah pasti akan timbul. Tetapi, dengan niat yang baik, kita selesaikan masalah bersama-sama. Ayo bersatu, Indonesia dan Malaysia. Kita hebatkan Nusantara!
Timbul persoalan akhir diakhir penulisan ini. Adakah kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamed yang telah kalahkan Dato' Seri Najib Razak telah memberi signal negatif kepada Presiden Jokowi? Dato' Seri Najib Razak pro negara Cina? Presiden Jokowi?